Saturday, December 20, 2014

Sejarah Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 18(1)Presint 18,, Putrajaya



Pada awalnya SKPP 18(1) telah menumpang di bangunan sekolah SKPP 16(2), segala pengurusan pentadbiran dan proses Pengajara dan Pembelajaran, dijalankan di SK Putrajaya Presint 16(2) mulai 5 Januari 2009 sehingga 14 Mac 2009. Sekolah mendapat 17 orang guru dan 96 orang murid yang terdiri dari  tahun 1 hingga tahun 5.
Pada tanggal 17 Mac 2009, SKPP 18(1) telah mula beroperasi di bangunan baru di Kompleks Sekolah Presint 18(1). SKPP 18(1) telah ditadbir oleh seorang Guru Besar dan 3 orang Guru Penolong Kanan bersama 17 orang guru dan 4 orang kakitangan pejabat yang membantu dalam pengurusan pentadbiran

Pada tahun 2010, bilangan murid telah bertambah seramai 160 orang dan membolehkan wujudnya enam buah kelas untuk proses P&P bagi murid dari tahun 1 hingga tahun 5

PADA TAHUN 2014:
JUMLAH GURU:  82 ORANG
JUMLAH ANGGOTA SOKONGAN:  9 ORANG
JUMLAH MURID:    1261 ORANG
TH 1      5 KELAS  191 ORANG
TH 2  7 KELAS  228 ORANG
TH 3  6 KELAS  200 ORANG
TH 4  6 KELAS  216 ORANG
TH 5  5 KELAS  165 ORANG
TH 6  4 KELAS  136 ORANG
PRA SK  4 KELAS  100 ORANG
P KHAS  5 KELAS  025 ORANG
(KELAS MASALAH PENDENGARAN)
(KELAS MASALAH NGLIHATAN)
(KELAS MASALAH PEMBELAJARAN)
(KELAS MASALAH PENDENGARAN,
PENGLIHATAN  & PEMBELAJARAN

VISI
Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 18 (1) Sentiasa Cemerlang
MISI 
Berusaha menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang ke arah melahirkan modal insan yang berkualiti.
Mengembangkan potensi murid melalui kesungguhan kerja warga sekolah, ibubapa dan komuniti setempat. 
MOTO 
“USAHA JAYA”

Terdapat:
40 buah Kelas
4 buah Makmal Komputer
4 buah Makmal Sains
Sebuah Pusat Sumber
2 buah  Bilik Guru (2 tingkat)
Sebuah Pejabat Pentadbiran
2 buah Bilik Mesyuarat
8 buah Pusat Akses
2 buah Bilik Bimbingan & Kaunseling
Sebuah Bilik Kesihatan
Sebuah Bilik Pergigian